BAGAIMANA MENGURANGKAN KARBOHIDRAT DALAM PENGAMBILAN MAKANAN

Ramai golongan lelaki mahupun wanita yang mengidamkan tubuh badan yang ideal. Mereka percaya bahawa karbohidrat adalah sumber utama yang akan menambah berat badan mereka.

Oleh itu, ramai yang sanggup menahan lapar dan memberikan seribu alasan apabila diajak makan. Makanan seperti nasi langsung tidak disentuh kerana takut berat badan akan naik. Namun berkesankah diet rendah karbohidrat ini? Mari kita lihat beberapa tip yang baik;

Gantikan nasi dengan pasta, laksi, mi dan bihun

Pasta adalah sumber karbohidrat yang lebih sihat berbanding nasi. Terdapat jugak 'whole wheat' pasta yang mengandungi serat yang tinggi. Masak pasta bersama bawang putih dan cili menggunakan minyak zaitun berserta hirisan dada ayam. Pastikan tidak ada kulit ayam untuk lebih sihat.

Jangan tinggal sarapan

Ramai yang tahu sarapan adalah penting, namun ramai yang tidak mengamalkannya. Karbohidrat mengambil masa untuk ditukarkan menjadi tenaga agar tidak tersimpan sebagai lemak. Oleh itu, sarapan adalah waktu yang paling sesuai untuk memberikan masa yang cukup agar tubuh badan kita membakar tenaga semasa melakukan aktiviti seharian. Contoh sarapan yang sesuai diambil untuk diet rendah barkohidrat adalah bijirin oats dan juga telur.

Elak makanan yang diproses

Hadkan pengambilan karbohidrat kamu dengan meletakkan jumlah tertinggi yang boleh kamu ambil dalam sehari. Jika lapar gantikan dengan buah-buahan berkarbohidrat rendah ataupun roti mil penuh.






0 comments:

Post a Comment