KELEBIHAN BERSENAM

Garis Panduan Untuk Memilih Program Latihan Senaman
1. Lakukan senaman mengikut keupayaan fizikal anda.
2. Lakukan secukupnya untuk mendapat manafaat. Selain daripada itu ia hendaklah menyeronokkan.
3. Jangan lakukan aktiviti di luar kemampuan dan berlebihan.
4. Dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan latihan senaman.Sekiranya anda mengalami masalah kesihatan,sesuaikan senaman dengan tahap aktiviti.
5. Pelbagaikan pergerakan seberapa yang boleh.
6. Pergerakan hendaklah lancar dan bertenaga. Elakkan dari pergerakan terlalu kasar dan tersentak.
7. Jangan berhenti secara tiba tiba semasa melakukan senaman. Kekalkan gerakan secara perlahan sebelum lakukan semula senaman.
8. Tetapkan jadual harian senaman anda.

Kebaikan Senaman
1) Meningkatkan kecergasan fizikal anda. Merperbaiki keseimbangan, koordinasi dan gaya jalan.
2) Meningkatkan tenaga untuk melakukan tugasan harian.
3) Mempertingkatkan kepuasan kendiri dan mengurangkan kerisauan.
4) Mempercepatkan pemulihan dari penyakit dan tekanan mental.
5) Mengawal tekanan darah dan menguatkan jantung.
6) Mempertingkatkan kawalan glukos.
7) Melambatkan osteoprosis.
8) Berpeluang bergaul dengan orang ramai.


0 comments:

Post a Comment