-Makanan
yg bebas bahan antibiotik, vaksin, hormon, steroid untuk mempercepat
pertumbuhan haiwan ternakan spt ayam daging, ikan bela (keli, tilapia, patin),
lembu. Produk tenusu juga tidak terlepas dari bahan-bahan yg mudarat ini seperti
susu.
-Makanan
yg tidak diproses secara kimia (chemically refined foods). Makanan yang
diproses secara kimia selalunya bersifat asid bila masuk dlm tubuh yg memberi
banyak kesan buruk kpd organ-organ, tisu dan sel-sel.
-Makanan
yang asli tanpa diproses secara melampau (highly refined processed foods)
-Makanan
yang bebas bahan aditif kimia / sintetik seperti pengawet, pewarna,
kondisioner, perasa yang selalunya berasid dalam tubuh. Ia boleh menyebabkan
alahan, kanser, kelemahan sistem imun, membebankan organ perkumuhan seperti
buah pinggang, hati, kulit.
-Makanan wholefoods yang mengandungi semua khasiat asal seperti vitamin, mineral, serat makanan (soluble & insoluble), anti-oksidan, unsur surih mineral, dan pelbagai faktor phytonutrien yang lain.
-Makanan
hasil pertanian yang bebas ubah-suaian genetik / GMO. Makanan GMO mengandungi
cebisan unsur jujukan DNA daripada spesies organisma yang berbeza.
Contohnya, tanaman jagung, soya, atau ternakan lembu yang diselitkan
cebisan DNA bakteria, virus atau haiwan spesies lain utk mendapatkan ciri-ciri
tertentu pokok, buah dan hasil ternakan. Makanan GMO menjadi isu kesihatan yang
hangat diperdebatkan.
-Makanan
hasil pertanian seperti buah, sayur, bijirin, ubi yang bebas racun kimia
pestisid & serangga perosak, baja kimia sintetik.
-Buah dan
sayur bebas dari carbide (perangsang buah menjadi masak sebagai peraman),
semburan, rendaman, salutan bahan kimia anti-kulat atau bahan kimia yang
melambatkan pematangan buah, sayur supaya tahan lama terutama buah dan sayur yang
diimport.
0 comments:
Post a Comment